Sunday, February 22, 2009

cerita Reunion lagi



Kami telah mengadakan perbincangan, hasil daripada perbincangan itu, kami setuju melantik Izzuan Mazlan sebagai Setiausaha ikatan ukhwah 86 & shiila dilantik sebagai bendahari terhormat. Pengerusi & timbalan pengerusi tidak dilantik keran kami taknak wujudkan ketua di kalangan kami. Setiausaha ini sebagai penghubung sahaja kepada kami. Kami nak ucapkan terima kasih pada Izzuan, Sheila & Siti dll yang berusaha menyediakan program yang mantap. Tempat tinggal yang best, BBQ yang sedap (Sheila yang buat tu) dan paling best skali berjumpa dengan semua setelah 10 tahun tak jumpa. banyak dah cerita -cerita di kongsi. Sapa sangka kalau dulu kat SKSL asyik gaduh-gaduh je, dah jumpa selepas 10 tahun pun gaduh-gaduh lagi. HAHAHAHAHA

Hafizi asyik perli kat Siti & Embung, mereka benganglah asyik kena perli je, hahahaha.

Saturday, January 24, 2009

Kenangan membuat bubur jagung

Dalam gambar itu adalah aktiviti kami memasak bubur jagung ketika di SKSL. yang pakai topi itu saya sendiri & budak perempuan itu Nurzalina, Siti & Izzati. Yang tangah mengacau bubur itu ustazah Amalina (kalau tidak silap)  Bagaimana pulak ada aktiviti memasak bubur ini?? mana datangnya jagungnya.. 

Sebenarnya kami waktu di SKSL dulu dikehendaki menanam jagung berhampiran dgn rumah ustazah. Kalau tidak silap untuk projek Kemahiran Hidup, kami bergilir-gilir buat batas, tanam benih jagung, siram hari-hari bergilir-gilir antara kami dalam kelas. Alhamdulillah selepas 2 bulan dapatlah hasil jagung itu, boleh tahan juga kami jaga walaupun kami masih kanak-kanak waktu itu. jagung yang dapat hasilnya terasa manis. Adalah 25 batang jagung yang kami dapat hasil.

Selepas semua jagung dituai, kami pun buatlah bubur itu, masak sama-sama dengan cikgu. Terasa berbaloi usaha kami menanam dalam tempoh 2 bulan. kami tanam, baja sama-sama & akhirnya kami makan sama-sama. Bersyukur dapat cikgu ketika itu yang dah tanamkan dalam hati kami untuk berbudi pada tanah.

Tapi sayang kebanyakan sekolah sekarang ini sudah tidak ada aktiviti seperti itu. 

Perkhemahan tahun 97 & 98 di SKSL

Pada tahun 97 waktu itu kami darjah 5, itulah kali pertama dalam sejarah SKSL membuat perkhemahan bersepadu untuk semua kelas dari darjah 4-6. Batch kami dapatlah merasa perkhemahan untuk 2 tahun. Perkhemahan itu cuma di buat dalam sekolah sahaja. Dalam gambar itu yang dalam air iut adalah gambar kami dalam air disebabkan didenda melanggar check point. Seronok plak rasanya. Saya ingat lagi malam pertama waktu khemah tu kami pelajar lelaki tidur di kelas, tapi hampir semua kami tidak dapat tidur kerana berbual-bual sampailah jam 3 pagi pun tak tidur. Cikgu bengang waktu itu, panggil kami semua, tutup mata kami semua & berjalan tak tahu ke mana dengan mata tertutup.

Di akhir perjalanan itu, kami kena pegang benda besi & diminta sapu kat muka. Rupa-rupanya benda besi itu adalah buntut kuali, jadi hitamlah muka kami dgn arang pada buntut kuali.

Ingatlagi, kami diberi barang amanah untuk dijaga setiap kumpulan. barang amanah itu adalah telur mentah. kami jagalah sebaik-baiknya sampai setiap aktiviti kena bawa. punyalah perit nak menjaga telur itu kerana kena berhati-hati agar tidak pecah. syaratnya tidak boleh bagi sesiapa walaupun cikgu minta. Seingat saya ada kumpulan yang terbagi cikgu & cikgu itu (tak silap cikgu Zahari) ambil kesempatan pecahkan telur itu kat muka ketua kumpulan. hahahhah. kesian dia

Walaupun aktiviti itu cuma dibuat dalam kawasan sekolah & jungle tracking pun kat dalam kebun getah, tapi itulah kenangan-kenangan yang berharga kepada kami & sampai sekarang masih ingat lagi..

Kenangan standard 3

Gambar di atas adalah sebahagian daripada lakonan kelas kita semasa kita darjah 3, tajuknya adalah "aci-aci buka pintu" yang pakai sari tu Izzati Rasyid, yang pegang tongkat tu Khairil,Budak perempuan yang pakai baju kurung itu adalah Darlina & Siti yang menjadi sebagai pintu. Kisah ini dipetik dari filem P.Ramlee, tajuknya kurang ingatlah, tapi yang pasti, yang menjadi pengarah ketika ini ialah cikgu Zaid selaku guru kelas. (tak tahulah di mana dia sekarang ini)

Pelajar-palajar lelaki yang beratur belakang itu sambil pakai kain batik menutupi muka & pakai topeng hantu adalah berfungsi sebagai hantu-hantu yang cuba menganggu Aci (Izzati). Kelakar plak rasanya jadi hantu ketika itu. Itulah secebis kenangan yang ada pada darjah 3.

Reunion back after 10 years



Insyallah at 6-8 February 2009 SKSL 98 will reunion back at Port Dickson. Hope others friend can join & bank in money to Izzuan Mazlan as soon as possible. 

Insyallah this plan will be our meeting after 10 years we not meet again.