Saturday, January 24, 2009

Kenangan membuat bubur jagung

Dalam gambar itu adalah aktiviti kami memasak bubur jagung ketika di SKSL. yang pakai topi itu saya sendiri & budak perempuan itu Nurzalina, Siti & Izzati. Yang tangah mengacau bubur itu ustazah Amalina (kalau tidak silap)  Bagaimana pulak ada aktiviti memasak bubur ini?? mana datangnya jagungnya.. 

Sebenarnya kami waktu di SKSL dulu dikehendaki menanam jagung berhampiran dgn rumah ustazah. Kalau tidak silap untuk projek Kemahiran Hidup, kami bergilir-gilir buat batas, tanam benih jagung, siram hari-hari bergilir-gilir antara kami dalam kelas. Alhamdulillah selepas 2 bulan dapatlah hasil jagung itu, boleh tahan juga kami jaga walaupun kami masih kanak-kanak waktu itu. jagung yang dapat hasilnya terasa manis. Adalah 25 batang jagung yang kami dapat hasil.

Selepas semua jagung dituai, kami pun buatlah bubur itu, masak sama-sama dengan cikgu. Terasa berbaloi usaha kami menanam dalam tempoh 2 bulan. kami tanam, baja sama-sama & akhirnya kami makan sama-sama. Bersyukur dapat cikgu ketika itu yang dah tanamkan dalam hati kami untuk berbudi pada tanah.

Tapi sayang kebanyakan sekolah sekarang ini sudah tidak ada aktiviti seperti itu. 

No comments: