Saturday, January 24, 2009

Kenangan standard 3

Gambar di atas adalah sebahagian daripada lakonan kelas kita semasa kita darjah 3, tajuknya adalah "aci-aci buka pintu" yang pakai sari tu Izzati Rasyid, yang pegang tongkat tu Khairil,Budak perempuan yang pakai baju kurung itu adalah Darlina & Siti yang menjadi sebagai pintu. Kisah ini dipetik dari filem P.Ramlee, tajuknya kurang ingatlah, tapi yang pasti, yang menjadi pengarah ketika ini ialah cikgu Zaid selaku guru kelas. (tak tahulah di mana dia sekarang ini)

Pelajar-palajar lelaki yang beratur belakang itu sambil pakai kain batik menutupi muka & pakai topeng hantu adalah berfungsi sebagai hantu-hantu yang cuba menganggu Aci (Izzati). Kelakar plak rasanya jadi hantu ketika itu. Itulah secebis kenangan yang ada pada darjah 3.

No comments: