Saturday, January 24, 2009

Perkhemahan tahun 97 & 98 di SKSL

Pada tahun 97 waktu itu kami darjah 5, itulah kali pertama dalam sejarah SKSL membuat perkhemahan bersepadu untuk semua kelas dari darjah 4-6. Batch kami dapatlah merasa perkhemahan untuk 2 tahun. Perkhemahan itu cuma di buat dalam sekolah sahaja. Dalam gambar itu yang dalam air iut adalah gambar kami dalam air disebabkan didenda melanggar check point. Seronok plak rasanya. Saya ingat lagi malam pertama waktu khemah tu kami pelajar lelaki tidur di kelas, tapi hampir semua kami tidak dapat tidur kerana berbual-bual sampailah jam 3 pagi pun tak tidur. Cikgu bengang waktu itu, panggil kami semua, tutup mata kami semua & berjalan tak tahu ke mana dengan mata tertutup.

Di akhir perjalanan itu, kami kena pegang benda besi & diminta sapu kat muka. Rupa-rupanya benda besi itu adalah buntut kuali, jadi hitamlah muka kami dgn arang pada buntut kuali.

Ingatlagi, kami diberi barang amanah untuk dijaga setiap kumpulan. barang amanah itu adalah telur mentah. kami jagalah sebaik-baiknya sampai setiap aktiviti kena bawa. punyalah perit nak menjaga telur itu kerana kena berhati-hati agar tidak pecah. syaratnya tidak boleh bagi sesiapa walaupun cikgu minta. Seingat saya ada kumpulan yang terbagi cikgu & cikgu itu (tak silap cikgu Zahari) ambil kesempatan pecahkan telur itu kat muka ketua kumpulan. hahahhah. kesian dia

Walaupun aktiviti itu cuma dibuat dalam kawasan sekolah & jungle tracking pun kat dalam kebun getah, tapi itulah kenangan-kenangan yang berharga kepada kami & sampai sekarang masih ingat lagi..

No comments: